Friday 24 February 2012

Ini Adalah Gambar- Gambar Alat Muzik Traditional

Ini adalah Gendang.

Ini Gong Melayu.
Ini Gong Cina. Lihatlah bezaannya kepada Gong Melayu. 




Ini adalah Kompang. 


Alat Muzik Traditional

Saya akan ceritakan tentang tiga alat muzik melayu traditional. Alat muzik pertama ialah kompang. Alat muzik ini paling popular di dalam masyarakat  Melayu. Kompang berasal daripada dunia Arab dan dibawa ke dalam masyarakat melayu oleh pedagang India Muslim. Ia diperbuat daripada kulit kambing bertina. Ada dua bahagian kompang ini. Satu ialah bahagian mukanya ,yang ada kulit,  dipanggil belulang. Kedua ialah bahangian badanya, yang diperbuat daripada kayu , dipanggil baluh. Cara memalu kompang ialah dengan menepuk dengan kulit kompang dengan tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upcara-upcara tradisi lain.

Alat muzik kedua ialah Gong. Gong  sejenis peralatan muzik yang berasal daripada Asia Selatan dan Asia Tenggara. Gong telah wujud semenjak zaman gangsa lagi dari Yunan. Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bungi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Kebiasanya, satu atau 2 drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik.

Alat muzik yang ketiga ialah Gendang. Gendang ialah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing atau lembu. Ia merupakan salah satu sebuah alat muzik dalam keluarga genderang. Gendang berasal daripada negeri Lombok. Ia digunakan di dalam majlis di Pura Lingsar,
Salah satu kuil Hindu di sana.

Semua alat muzik ini perlukan kamu untuk menepuk dengan tapak tangan atau jari-jari kamu.